Sunday, 1 November 2015

SEPINTAS LALU KURSUS PENGURUSAN BISNES @ ADJUA TRAINING CENTRE, SIK, KEDAH

KURSUS PENGURUSAN BISNES (KURSUS ASAS KONTRAKTOR)
1. Kursus ini dijalankan selama 4 hari dan memerlukan peserta menghadirinya untuk tempoh masa 9.00 pagi - 5.00 petang.

2. Intipati kursus merangkumi:

  • Jaringan Perniagaan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Perakaunan Projek
  • Sumber Dana & Pembiayaan Projek
  • Peruntukan Perundangan
3. Peserta yang mengikuti kursus ini akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan sesi pembelajaran.

4. Peserta akan diberikan soalan kerja kursus yang memerlukan peserta membincangkan topik berkenaan bersama ahli kumpulan yang diberi.

5. Pada hari terakhir kursus, pemahaman peserta akan dinilai melalui ujian pemahaman yang merangkumi kelima-lima tajuk kursus.

6. Setelah selesai menjawab soalan ujian, sesi terakhir sebelum peserta bersurai ialah peserta akan diberikan sijil penyertaan kursus.












0 comments:

Post a Comment